Dah kawen baru nak cerita pasal jodoh ye...he he. Ni kira back dated lah ye. Tak pe lah..aku saje nak share. Kalau cakap pasal jodoh, aku percaya.. masing-masing ada pendapat atau pandangan sendiri..kan? Jadi ni aku cakap pasal pendapat aku lah kan. So jangan lah terasa ke apa ye..
Jodoh aku agak lambat lah kalau nak di ikutkan. Aku berkawin pun sewaktu umur aku 27 tahun 6 bulan. Tapi aku bersyukur.. sbb aku percaya Allah swt. sengaja menemukan aku dengan orang yang salah. Supaya aku lebih berfikiran lebih jauh, lebih berfikiran matang, lebih mengerti kenapa semua itu terjadi seterusnya lebih redha dan lebih mengenali Allah. Semuanya ada sebab! Alhamdulillah, Allah tu maha Penyanyang, dia bagi apa yang terbaik buat hamba dia. Percayalah. :)
Tu bagi orang yang pernah rasa frust bercinta lah macam aku nih.. he he. Kalau di ingatkan balik, sungguh aku terasa malu. Memang terserlah kebodohan aku.. tapi tu la kan.. pengalaman mematangkan kita..kalau aku tak lalui semua tu, masakan aku boleh sampai ke tahap ni..
(wahh tahap ape lah sangat kann... tahap tu maksud kawen la yer... ha ha)..
Allah tak akan duga kita dengan sesuatu masalah yang kita tak mampu nak hadapi.
Perasaan kita je cakap yang kita tak boleh nak hadapi lah.. tak boleh nak terima hakikat lah..
itu semua bisikan syaitan ye. hu hu
Perempuan ni, cinta terakhir dia lah cinta yang abadi... tapi sebaliknya pulak bagi Lelaki. Ni Wallahulam la..aku dengar orang kata je ye.. 'Orang kata'. Tapi mujur husband aku tak pernah ada cinta pertama. Ahaks! :) Dia rasa suka nak berkenalan adalah.. ha, ko tengok.. situ je dah saling lengkap melengkapi kan. ha ha..
*ok, sila jangan nak poyo sangat. :D
Bagi yang tak pernah merasai apa itu cinta, aku memang berbanggalah dengan korang sebab takde masa nak membazirkan air mata dan tenaga semua tu kan.. tapi jodoh ni kita kena usaha lah. Berdoa untuk dibukakan hati pun satu usaha jugak..
kena ingat, ada usaha baru Allah suka. :)
Lepas tu saling terima seadanya akan kekurangan dan kelebihan. Fikir je yang kelebihan pasangan kita tu akan menutupi kekurangan kita. Insyaallah ko akan nampak semua tu.
Seterusnya berdoalah agar dipermudahkan segala urusan..
Aku pun tak pernah terfikir yang aku akan bertemu jodoh dengan suami aku sekarang.
Bila semuanya diredhai Allah, perjalanan perhubungan tu akan menjadi semudah ABC. Dan satu lagi, berapa lama kita berkawan dengan pasangan tidak akan mencerminkan/menjaminkan kebahagian kita dengan pasangan sebenarnya. Berkawan lah sampai 5 - 7 tahun pun, tapi akhirnya ditakdirkan dia bukan jodoh kita atau kita tak bahagia dengannya selepas kawen. Tapi ada juga yang mampu bertahan bahagia sampai selepas kawin.. Alhamdulillah. Apa pun.. pertemuan, ajal maut semuanya ditangan tuhan.. :D
Cuma nya bila dah kawen, jangan lah ko harapkan segala-galanya sempurna. Lepas berkahwin tu pun kita masih lagi dalam proses saling kenal mengenal. aku pun memula macam.. 'eii semuanya nak kena ikut cakap dia..' ha ha.. lepas tu baru aku terpikir, dia SUAMI okeh. Tak dengar kata, BERDOSA. ha ha. amik masa juga untuk terima perubahan yang berlaku. Yang penting, kena saling memahami.. saling bertolak ansur.
*wahhh ko cakap macam ko dah kawen 10 tahun kan.. ha ha. ok, fine..ni pandangan bagi orang yang baru 2 bulan kawen... -____-
Menunggu saat untuk diijabkabulkan ^__^