Semua orang sudah maklum akan kepentingan Kalisum dalam tubuh badan kita. Kalsium adalah mineral terbanyak yang ada dalam badan kita iaitu lebih dari 90% bahan keras yang terdiri dari tulang dan gigi. Kalsium amat diperlukan untuk pembentukan dan juga bagi mengekalkan tulang yang kuat dan gigi yang sihat.Jadi sekarang, apa kaitannya Kalsium dengan ibu yang sedang mengandung?
Ibu hamil lazimnya memerlukan 1200 hingga 1300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak 1 liter setiap hari. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu. Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatam menanggung berat bayi secara fizikal. Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untul merehatkan otot sewaktu berlakuya kontraksi.
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamnya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurang kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan. Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Sumber kat SINI
Ini susu yang saya minum... Anmum Materna. Perisa Coklat. Tapi Meor dah suruh saya minum susu Anmum Materna yang original tu.. huhuuu.. kena biasakan. Alhamdulillah, saya tak ada alahan untuk minum susu ni. Saya start minum susu semasa kandungan saya 9 minggu. Kalau tak silap la... Awal-awal kehamilan, saya jadi pening nak minum susu brand apa.. Anmum Materna jadi pilihan sebab teringat sewaktu ibu saya mengandungkan adik yang bongsu, ibu minum susu ni lah. Siap dapat gift lagi dari pihak Anmum sebab jadi rakan Anmum Materna ni. Sekarang ni pun masih ada lagi program tu. Kena isi form dan hantar. Tapi saya malas nak buat. he he.
Ok, seperti yang dinyatakan di atas, 2 gelas susu diperlukan setiap hari. Memang ini la yang disarankan oleh doktor semasa buat pregnancy check-up. Tapi saya akan memastikan sekurang-kurangnya saya minum 1 gelas susu setiap hari. Sepatutnya kena minum di waktu pagi dan malam. Tapi saya selalu terlupa nak bawak pegi ofis, sebelum ni ada juga beli extra untuk letak kat ofis, tapi dah habis, terus lupa nak beli yang baru.. Doktor ada juga bekalkan pil kalsium untuk 30 hari, tapi saya tak makan.. rasa macam dah banyak sangat ubat yang nak kena makan. :-( Tak apa lah, saya sanggup minum susu dari nak kena telan pil kalsium tu. hu hu. Obimin ok lagi rasanya, manis-manis. NeuroGain pun sama. Kadang-kadang mengeluh juga...banyaknya benda yang nak kena makan semasa hamil ni.. hu hu.. dengan ubat-ubatnya, dengan susu, dengan kismis, kurma, air dari buah delima.. arghhh banyaknyerrrr... kalau tak berdisplin untuk makan semua ni dengan teratur, boleh jadi kelam kabut tau. hu hu..
jom minum! hu hu :-)