Friday, January 20, 2012

Jodoh..

Dah kawen baru nak cerita pasal jodoh ye...he he. Ni kira back dated lah ye. Tak pe lah..aku saje nak share. Kalau cakap pasal jodoh, aku percaya.. masing-masing ada pendapat atau pandangan sendiri..kan? Jadi ni aku cakap pasal pendapat aku lah kan. So jangan lah terasa ke apa ye..

Jodoh aku agak lambat lah kalau nak di ikutkan. Aku berkawin pun sewaktu umur aku 27 tahun 6 bulan. Tapi aku bersyukur.. sbb aku percaya Allah swt. sengaja menemukan aku dengan orang yang salah. Supaya aku lebih berfikiran lebih jauh, lebih berfikiran matang, lebih mengerti kenapa semua itu terjadi seterusnya lebih redha dan lebih mengenali Allah. Semuanya ada sebab! Alhamdulillah, Allah tu maha Penyanyang, dia bagi apa yang terbaik buat hamba dia. Percayalah. :)

Tu bagi orang yang pernah rasa frust bercinta lah macam aku nih.. he he. Kalau di ingatkan balik, sungguh aku terasa malu. Memang terserlah kebodohan aku.. tapi tu la kan.. pengalaman mematangkan kita..kalau aku tak lalui semua tu, masakan aku boleh sampai ke tahap ni..
(wahh tahap ape lah sangat kann... tahap tu maksud kawen la yer... ha ha)..
Allah tak akan duga kita dengan sesuatu masalah yang kita tak mampu nak hadapi.
Perasaan kita je cakap yang kita tak boleh nak hadapi lah.. tak boleh nak terima hakikat lah..
itu semua bisikan syaitan ye. hu hu

Perempuan ni, cinta terakhir dia lah cinta yang abadi... tapi sebaliknya pulak bagi Lelaki. Ni Wallahulam la..aku dengar orang kata je ye.. 'Orang kata'. Tapi mujur husband aku tak pernah ada cinta pertama. Ahaks! :) Dia rasa suka nak berkenalan adalah.. ha, ko tengok.. situ je dah saling lengkap melengkapi kan. ha ha..
*ok, sila jangan nak poyo sangat. :D

Bagi yang tak pernah merasai apa itu cinta, aku memang berbanggalah dengan korang sebab takde masa nak membazirkan air mata dan tenaga semua tu kan.. tapi jodoh ni kita kena usaha lah. Berdoa untuk dibukakan hati pun satu usaha jugak..
kena ingat, ada usaha baru Allah suka. :)
Lepas tu saling terima seadanya akan kekurangan dan kelebihan. Fikir je yang kelebihan pasangan kita tu akan menutupi kekurangan kita. Insyaallah ko akan nampak semua tu.
Seterusnya berdoalah agar dipermudahkan segala urusan..

Aku pun tak pernah terfikir yang aku akan bertemu jodoh dengan suami aku sekarang.
Bila semuanya diredhai Allah, perjalanan perhubungan tu akan menjadi semudah ABC. Dan satu lagi, berapa lama kita berkawan dengan pasangan tidak akan mencerminkan/menjaminkan kebahagian kita dengan pasangan sebenarnya. Berkawan lah sampai 5 - 7 tahun pun, tapi akhirnya ditakdirkan dia bukan jodoh kita atau kita tak bahagia dengannya selepas kawen. Tapi ada juga yang mampu bertahan bahagia sampai selepas kawin.. Alhamdulillah. Apa pun.. pertemuan, ajal maut semuanya ditangan tuhan.. :D

Cuma nya bila dah kawen, jangan lah ko harapkan segala-galanya sempurna. Lepas berkahwin tu pun kita masih lagi dalam proses saling kenal mengenal. aku pun memula macam.. 'eii semuanya nak kena ikut cakap dia..' ha ha.. lepas tu baru aku terpikir, dia SUAMI okeh. Tak dengar kata, BERDOSA. ha ha. amik masa juga untuk terima perubahan yang berlaku. Yang penting, kena saling memahami.. saling bertolak ansur.
*wahhh ko cakap macam ko dah kawen 10 tahun kan.. ha ha. ok, fine..ni pandangan bagi orang yang baru 2 bulan kawen... -____-
Menunggu saat untuk diijabkabulkan ^__^

Monday, January 16, 2012

Dua Generasi yang jauh berbeza



Perkenalkan...ni orang baru dalam my family..my first niece...anak kepada adik aku yang nombor 2. bawah aku la kiranya.. nama belum confirm lagi.. :)
Sungguh teruja dan mendebarkan tau. Sebelum ni bila orang bercerita pasal kesakitan sewaktu bersalin, serius aku xrasa apa-apa. Mungkin aku faham kesakitan yang diaorg maksudkan tu kesakitan yang xboleh nak diucapkan dengan kata-kata..tapi entahla..bagaikan tiada rasa hati nak menyelami...tapikan, bila adik aku sendiri yang bercerita, Ya allah... sebaknya rasa hati aku. Aku bagaikan xsanggup dengar suara yang sayup-sayup lemah dihujung talian tu.. Kedengaran sangat suara adik aku yang betul-betul dalam kesedihan, keletihan dan kesakitan.. mujur adik aku mintak izin nak letak phone sekejap. terus aku sebak..meleleh air mata.. T__T Ya allah..kuatkan lah semangat aku. aku xtau kenapa aku sangat beremosi waktu tu. mungkin aku amat mengenali adik aku sendiri..dia seorang yang kuat kalau nak dibandingkan dengan aku. jujur aku cakap..dia lebih berdikari..dia lebih cekap..dia lebih tegas..dia lebih garang..dia lebih dalam bab-bab semua tu...!
aku fikirkan macam manalah aku nanti...takutnyerrr..
terus aku rasa xbersedia..hu hu. Astagfirullah al azimm..apa la yang aku merepek time tu kan...kalau nak katakan sakit...memang la sakit..adik aku cakap, Tuhan je yang tau macam mana rasa sakit nya......  (serammmmm)
apa-apa pun..alhamdulillah..dapatlah aku practice pegang baby etc..dapat main-main..manja-manja sebelum dapat anak sendiri. ada hikmah nya... :D


ok...ni pulak birthday celebration Nek Chik yang ke-93 tahun..hampir 1 abad dah usia dia. Nek Chik ni ibu kepada FIL aku... xtau plak my MIL beli kek dari officemate dia hari tu..so lepas makan malam, kitaorg sambut ala kadar dengan family je..actually Nek Chik ni dah xsihat..biasalahh sakit orang-orang tua..


12.01.2012 pada aku tarikh yang sgt cantik dan manis jer.. mungkin sebab hanya ada nombor 1 dan 2 kan. he he.. Pada hari tu lah jatuhnya hari kelahiran anak buah aku yang pertama dan jugak nenek husband aku yang ke-93.. Dua generasi yang jauh berbeza.. Semoga Nek Chik diberi kesihatan yang baik...dan untuk baby angah, moga jadi anak yang soleh. xsabar nak bau baby. nak main dgn baby..smuanya berkaitan dgn baby lahh! he he :)

5 Minggu

Sabtu lepas, Meor nak betul kan jam kat Sg. Wang.. jadi aku pun beria-ia la ajak dia pegi klinik. Ye laa..dah alang-alang nak keluarkan..Tapi Ya Rabbi...susah nak cari klinik yang doktornya perempuan. Dah smuanya unplanned kann..jadi aku xsempatlah nak search mana-mana klinik yang ada doktor perempuan. Lepas pegi 3 buah klinik, meor decide call member dia.. ok, ada satu klinik kat Desa Pandan.. Klinik Perubatan Islam namanya. Agak selesa. Tapi aku xrasa nak bukak buku pregnant kat situ. he he. Doktor buat test macam biasa. aku ingat nak la jugak scan...tp kat situ xde plak mesin ultrasound. xpe lah..scan awal pun bukannya boleh nampak lagii..sbb kandungan aku baru je plus minus 5 weeks. So cuma ada denyutan nadi lah... akhir skali doktor bekalkan aku obimin untuk 30 hari... aku mengandung?? haha macam xpercaya.. ok...sila percaya sekarangg.. Syukurr Ya Allah. :)
Lepas dah confirm semua, terus meor xde mood nak pegi betulkan jam dia...katanya semua dah xpenting dah..he he....*malu ai dengan statement dia tu.. ^____^

ok..ni sedikit info tentang Perkembangan Fetus - 5 minggu
gambar dan info ihsan dari sini

Terbentuk 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas yang akan membentuk system saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Lapisan Mesoderm berada pada lapisan tengah yang akan membentuk organ jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Lapisan Endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk usus, hati, pankreas dan pundi kencing

Ok, pada masa ni ramai yang mengatakan kita tidak kelihatan seperti hamil. Tapi aku lain la plak. nampak sedikit buncit. Atau mungkin sebelum aku disahkan mengandung lagi, aku memang sedia buncit. ha ha. Namun, kata pakar, jantung embrio, yang lebih kecil dari biji kaskas, sudah mula berdenyut dan mengepam darah. Jantung mula membahagi kepada kamar-kamarnya dan dalam sedikit masa akan mendapat ritma denyutan yang baik. Panjang embrio lebih kurang suku inci / setengah sentimeter dan rupanya lebih mirip berudu (err takut plak bila aku baca..sebab aku terus bayangkan beudu tu... -__- ). Ia membesar secara memecut pada minggu ini.Organ utama, seperti ginjal dan hati, mula muncul. Tiub saraf, yang menyambungkan otak dan korda spina, akan tutup pada minggu ini. Anggota bawah bayi mula tumbuh - ini akan menjadi tangan dan kaki bayi anda. Usus sedang berkembang dan apendiks bertempat di ruangnya.
Di bawah pembukaan yang akan menjadi mulut bayi anda, lipatan-lipatan kecil muncul yang akan menjadi leher dan rahang bawah bayi. Seawal minggu ini, raut muka sudah mula terbentuk. Lubang hidung lebih kelihatan dan versi terawal retina mata mula timbul...


Sekarang aku mula tercari-cari susu apa yang terbaik untuk aku minum sebagai vitamin tambahan.. sebab waktu ni amatlah penting bagi tumbesaran embrio aku.. hu hu. korang yang ada pengalaman minum susu apa ye? ibu aku dulu minum susu Anmum.. tapi sekarang ada ura-ura mengatakan yang susu Anmum menyebabkan ibu mengandung dapat kencing manis.. hmm xtau lah. info ni ibu aku yang bagitau... he he



Wednesday, January 11, 2012

Serba Baru

Saat nak mulakan mukadimah kat entry ni, aku taip... aku padam. Taip balik pastu padam... haha. Hati ni beria-ia nak menulis. Tapi dalam masa yang sama aku segan. 2 tahun dah kot aku abaikan blog ni.. Harap-harap tahun baru ni, aku rajin nak meng-update. Sebab semuanya serba baru dah sekarang. Banyak perubahan yang berlaku dalam hidup setahun dua ni.. Buat blog baru, kawen baru.. eh? hahaha.. ok, silap..aku baru sebulan lebih kawen..




family baru ^___^

Semalam aku bukak thread Ratu Sehari..asalnya aku nak cari/baca pengalaman orang-orang kat luar sana tentang pengalaman pertama diorang tentang tanda awal kehamilan yang belum disahkan oleh doktor lagi kat google. Then aku terjumpa la thread tu.. hmm banyak info yang ai dapat k. ada yang quiet similar dengan aku. Tapi tu lah, nak berharap sangat pun xboleh. kena tunggu sedikit hari lagi...harap aku bersabar.... :-)