Friday, April 6, 2012

Kalsium

Semua orang sudah maklum akan kepentingan Kalisum dalam tubuh badan kita. Kalsium adalah mineral terbanyak yang ada dalam badan kita iaitu lebih dari 90% bahan keras yang terdiri dari tulang dan gigi. Kalsium amat diperlukan untuk pembentukan dan juga bagi mengekalkan tulang yang kuat dan gigi yang sihat.Jadi sekarang, apa kaitannya Kalsium dengan ibu yang sedang mengandung? 


Ibu hamil lazimnya memerlukan 1200 hingga 1300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak 1 liter setiap hari. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu. Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatam menanggung berat bayi secara fizikal. Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untul merehatkan otot sewaktu berlakuya kontraksi. 

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamnya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurang kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan. Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Sumber kat SINI

Ok seperti yang dinyatakan di atas, Kalsium boleh didapati dari Produk Tenusu. Selain itu Kalsium juga boleh diambil dari Soya, Ikan, Sayuran Hijau, Buah-buahan dan Kekacang. Tak semua ibu-ibu semasa hamil boleh mengambil susu sebagai Kalsium tambahan. Ini kerana alahan-alahan yang di lalui oleh ibu-ibu itu sendiri. Tetapi di pasaran sekarang sudah terdapat juga susu-susu yang berperisa yang membolehkan ibu-ibu untuk minum dengan jayanya. He he. Saya sendiri bukan orang yang mengamalkan pengambilan susu semasa bujang. Tapi demi kebaikkan diri sendiri dan baby yang sedang membesar di dalam rahim ni, saya usahakan juga...hu hu T___________T


Ini susu yang saya minum... Anmum Materna. Perisa Coklat. Tapi Meor dah suruh saya minum susu Anmum Materna yang original tu.. huhuuu.. kena biasakan. Alhamdulillah, saya tak ada alahan untuk minum susu ni. Saya start minum susu semasa kandungan saya 9 minggu. Kalau tak silap la... Awal-awal kehamilan, saya jadi pening nak minum susu brand apa.. Anmum Materna jadi pilihan sebab teringat sewaktu ibu saya mengandungkan adik yang bongsu, ibu minum susu ni lah. Siap dapat gift lagi dari pihak Anmum sebab jadi rakan Anmum Materna ni. Sekarang ni pun masih ada lagi program tu. Kena isi form dan hantar. Tapi saya malas nak buat. he he.


Ok, seperti yang dinyatakan di atas, 2 gelas susu diperlukan setiap hari. Memang ini la yang disarankan oleh doktor semasa buat pregnancy check-up. Tapi saya akan memastikan sekurang-kurangnya saya minum 1 gelas susu setiap hari. Sepatutnya kena minum di waktu pagi dan malam. Tapi saya selalu terlupa nak bawak pegi ofis, sebelum ni ada juga beli extra untuk letak kat ofis, tapi dah habis, terus lupa nak beli yang baru.. Doktor ada juga bekalkan pil kalsium untuk 30 hari, tapi saya tak makan.. rasa macam dah banyak sangat ubat yang nak kena makan. :-( Tak apa lah, saya sanggup minum susu dari nak kena telan pil kalsium tu. hu hu. Obimin ok lagi rasanya, manis-manis. NeuroGain pun sama. Kadang-kadang mengeluh juga...banyaknya benda yang nak kena makan semasa hamil ni.. hu hu.. dengan ubat-ubatnya, dengan susu, dengan kismis, kurma, air dari buah delima.. arghhh banyaknyerrrr... kalau tak berdisplin untuk makan semua ni dengan teratur, boleh jadi kelam kabut tau. hu hu..

jom minum! hu hu :-)

Wednesday, April 4, 2012

16 Minggu 4 hari Kehamilan

Ye, kandungan saya sekarang hampir mencecah 17 minggu. Ini bermakna sudah 4 bulan baby membesar di dalam rahim ni. Macam tak percaya pun ada.. ada lagi 5 bulan untuk saya bersiap sedia bertemu dengan si kecil ni... Insyaallah :-)


Alhamdulillah, masuk ke 2nd trimester ni, alahan semakin kurang.. kalau sebelum ni serba tak kena. Huhu. Sekarang, selera makan meningkat sikit. Tapi still tak boleh makan dalam kuantiti yang banyak la... kalau tak, bersiap sedia la untuk muntah. hehe..


Saiz bayi anda sekarang lebih kurang sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 5 inci / 11.6 sentimeter dan berat sekitar 4 auns / 100 gram). Dalam tiga minggu ke hadapan ini ia membesar secara memecut, menambahkan beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci. 

Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan mahluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya - tali pusat - yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan. Sistem peredaran dan trek kencing sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya. 


Kadangkala, apabila anda bergerak secara serta-merta, anda akan terasa sakit sedikit di sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar. Anda sudah tentu merasakan sakit-sakit ringan, tetapi sekiranya ia berlanjutan atau bertambah kuat, beritahu doktor anda. 

sumber kat sini.

Untuk Trimester Kedua ni, saya dah mula ambil Neurogain. Melalui pembacaan saya kat internet (forum ratu hati kot?) ada info yang tak menggalakkan kita amik neurogain ni di awal kehamilan. Katanya elok diambil sewaktu diakhir kehamilan iaitu 3 minggu akhir kerana waktu itu otak bayi sangat aktif. Tapi setakat ni kawan-kawan office ambil neurogain ni di awal kehamilan xde masalah pun. Malah, anak dilahirkan dikatakan mempunyai beza IQ dengan anak sebelumnya.. Wallahualam.. semuanya dengan izin Allah SWT. kita usaha sahaja k. 

Selain tu saya ada juga ambil supplement lain selain dari obimin yang doktor saya bagi. Ini semua terpulang ye. ada ibu-ibu yang takut nak ambil any supplement dari luar melainkan supplement yang doktor bagi sahaja iaitu obimin atau asid folik. Ok, supplement yang saya ambil tu akan saya ceritakan di lain entri k :-)

Lagi sebulan dah nak Cuti Buruh, baru nak cerita time Cuti Raya Cina

Ni entry back dated la ye.. awal-awal hari tu xde mood langsung nak menulis. Tulis sikit simpan dalam draft. berbulan-bulan dah terperap. hu hu..masa cuti Hari Raya Cina haritu..kita jalan-jalan cuci mata ke JPO. Johor Premium Outlet nama penuhnya.. yang orang kata banyak barang branded murah-murah tuu. Eh ye ke murah? aku rasa sikit lebih kurang kot. ada la less dia. tapi harga dia still beriban gak. Ada orang kata barang-barang branded yang ada kat JPO ni barang yang tak laku kat KL. Wallahulam la ye.

Tapi kan..kat situ ada outlet PDI.. pelik la pulak kan..kenapa ada outlet PDI kat situ. sebab bukan katogeri branded pun. Tapi tu mungkin satu strategi kot. dia tak kan nak letak semua outlet yang berjenama mahal je kan..mau kita tak pegi menyinggah. tak mampu nak membeli la katakan.. dah semua barang mahal-mahal.. Kira kalau ada brand yang murah at least ada la orang datang and boleh keluarkan sekurang-kurangnya RM100 kat situ.. tapi serius PDI baju-baju kerja dia murah. ada la beza duapuluh ringgit.. he he. Meor la yang teruja..aku tak pun.. :D

Baju kat butik Gap, Guess pun jadi murah. Masing-masing ada less sampai 50-70%. Poney pun sama.. Dapat la belikan adik-adik baju baru. Yang sedihnya baju baby born kat GAP tinggal sikit and tak banyak size yang ada. Mungkin sebab dah ramai orang memborong sebelum tu. Belikan la jugak 3-4 helai untuk Muhammad Rifqy (anak buah ku yang pertama tu) :-)





Ok, ni la dia baby rifqy pakai baju yang mak long dia beli... mak long?? auwww he he.. melopong-lopong dia tido... :-)

yang ni pulak?? he he.. macam kelaka je ye gambar ni.  Ni kat depan kedai Pink Jambu. Tak tau lah apa yang jambu kat dalam tu. :D


P/s: ok, berjaya juga akhirnya publishkan entri ni.. ish ish :)