Friday, April 6, 2012

Kalsium

Semua orang sudah maklum akan kepentingan Kalisum dalam tubuh badan kita. Kalsium adalah mineral terbanyak yang ada dalam badan kita iaitu lebih dari 90% bahan keras yang terdiri dari tulang dan gigi. Kalsium amat diperlukan untuk pembentukan dan juga bagi mengekalkan tulang yang kuat dan gigi yang sihat.Jadi sekarang, apa kaitannya Kalsium dengan ibu yang sedang mengandung? 


Ibu hamil lazimnya memerlukan 1200 hingga 1300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak 1 liter setiap hari. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu. Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatam menanggung berat bayi secara fizikal. Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untul merehatkan otot sewaktu berlakuya kontraksi. 

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamnya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurang kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan. Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Sumber kat SINI

Ok seperti yang dinyatakan di atas, Kalsium boleh didapati dari Produk Tenusu. Selain itu Kalsium juga boleh diambil dari Soya, Ikan, Sayuran Hijau, Buah-buahan dan Kekacang. Tak semua ibu-ibu semasa hamil boleh mengambil susu sebagai Kalsium tambahan. Ini kerana alahan-alahan yang di lalui oleh ibu-ibu itu sendiri. Tetapi di pasaran sekarang sudah terdapat juga susu-susu yang berperisa yang membolehkan ibu-ibu untuk minum dengan jayanya. He he. Saya sendiri bukan orang yang mengamalkan pengambilan susu semasa bujang. Tapi demi kebaikkan diri sendiri dan baby yang sedang membesar di dalam rahim ni, saya usahakan juga...hu hu T___________T


Ini susu yang saya minum... Anmum Materna. Perisa Coklat. Tapi Meor dah suruh saya minum susu Anmum Materna yang original tu.. huhuuu.. kena biasakan. Alhamdulillah, saya tak ada alahan untuk minum susu ni. Saya start minum susu semasa kandungan saya 9 minggu. Kalau tak silap la... Awal-awal kehamilan, saya jadi pening nak minum susu brand apa.. Anmum Materna jadi pilihan sebab teringat sewaktu ibu saya mengandungkan adik yang bongsu, ibu minum susu ni lah. Siap dapat gift lagi dari pihak Anmum sebab jadi rakan Anmum Materna ni. Sekarang ni pun masih ada lagi program tu. Kena isi form dan hantar. Tapi saya malas nak buat. he he.


Ok, seperti yang dinyatakan di atas, 2 gelas susu diperlukan setiap hari. Memang ini la yang disarankan oleh doktor semasa buat pregnancy check-up. Tapi saya akan memastikan sekurang-kurangnya saya minum 1 gelas susu setiap hari. Sepatutnya kena minum di waktu pagi dan malam. Tapi saya selalu terlupa nak bawak pegi ofis, sebelum ni ada juga beli extra untuk letak kat ofis, tapi dah habis, terus lupa nak beli yang baru.. Doktor ada juga bekalkan pil kalsium untuk 30 hari, tapi saya tak makan.. rasa macam dah banyak sangat ubat yang nak kena makan. :-( Tak apa lah, saya sanggup minum susu dari nak kena telan pil kalsium tu. hu hu. Obimin ok lagi rasanya, manis-manis. NeuroGain pun sama. Kadang-kadang mengeluh juga...banyaknya benda yang nak kena makan semasa hamil ni.. hu hu.. dengan ubat-ubatnya, dengan susu, dengan kismis, kurma, air dari buah delima.. arghhh banyaknyerrrr... kalau tak berdisplin untuk makan semua ni dengan teratur, boleh jadi kelam kabut tau. hu hu..

jom minum! hu hu :-)

7 comments:

  1. liza, kita slalu skip mnum susu malam,,,sbb dh kenyang mkn itu ini, then dh ngantok malas dh nk menggodak susu kt dapur, jadinya mnum susu cuma segelas sehari...tp kita topup ngn folic acid..kita make sure akan mkn folic acid 2 kali sehari...obimin sekali pon dh ckup kan..

    air delima dh lama x mnum sbb trputus bekalan...blom bli bekalan baru..hehehe...

    ReplyDelete
  2. betul tu julie, sama la mcm kita jugak. tapi kita akan minum juga sikit-sikit sampai habis. sbb meor yang buatkan. kalau x, dia bising. he he

    ReplyDelete
  3. Betul.. kalsium memang penting. Kalau tak cukup kalsium, bukan setakat gigi, dari tulang juga... Hi, saya sebenarnya blogwalking, jemputlah visit dan kalau suka follow me.. tq n see u...

    ReplyDelete
  4. liza, susu ni elok tau. last time, sy minum smpai nak bersalin..pastu doc supply calcium lg..

    ReplyDelete
  5. MissRhana, rasa dia pun ok kan. doc ada juga bg calcium pil tu..tp sy xguna pun...sy ni takut ubat sikit. tp setakat ni pil obimin n neurogain ok sy telan. salindah pun ok. sbb salindah homeopati. :-)

    ReplyDelete
  6. Salam kenal. liza, sy start minum anmum coklat ni time 4minggu pregnant. now dh 12 minggu sy dh tak boleh minum. asyik muntah jer. sy kesian kt baby. ptt ke sy cari alternatif laen gantikan susu ni utk dapatkan kalsium :(

    ReplyDelete
  7. w'salam miera,liza rasa better awk ambil pil kalsium je kalau awk xboleh minum susu.. asik muntah je kan. penat tau muntah tu. huhu. kesian awk..

    ReplyDelete

terima kasih sbb sudi mengomen. hikhikhik