Monday, January 16, 2012

5 Minggu

Sabtu lepas, Meor nak betul kan jam kat Sg. Wang.. jadi aku pun beria-ia la ajak dia pegi klinik. Ye laa..dah alang-alang nak keluarkan..Tapi Ya Rabbi...susah nak cari klinik yang doktornya perempuan. Dah smuanya unplanned kann..jadi aku xsempatlah nak search mana-mana klinik yang ada doktor perempuan. Lepas pegi 3 buah klinik, meor decide call member dia.. ok, ada satu klinik kat Desa Pandan.. Klinik Perubatan Islam namanya. Agak selesa. Tapi aku xrasa nak bukak buku pregnant kat situ. he he. Doktor buat test macam biasa. aku ingat nak la jugak scan...tp kat situ xde plak mesin ultrasound. xpe lah..scan awal pun bukannya boleh nampak lagii..sbb kandungan aku baru je plus minus 5 weeks. So cuma ada denyutan nadi lah... akhir skali doktor bekalkan aku obimin untuk 30 hari... aku mengandung?? haha macam xpercaya.. ok...sila percaya sekarangg.. Syukurr Ya Allah. :)
Lepas dah confirm semua, terus meor xde mood nak pegi betulkan jam dia...katanya semua dah xpenting dah..he he....*malu ai dengan statement dia tu.. ^____^

ok..ni sedikit info tentang Perkembangan Fetus - 5 minggu
gambar dan info ihsan dari sini

Terbentuk 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas yang akan membentuk system saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Lapisan Mesoderm berada pada lapisan tengah yang akan membentuk organ jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Lapisan Endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk usus, hati, pankreas dan pundi kencing

Ok, pada masa ni ramai yang mengatakan kita tidak kelihatan seperti hamil. Tapi aku lain la plak. nampak sedikit buncit. Atau mungkin sebelum aku disahkan mengandung lagi, aku memang sedia buncit. ha ha. Namun, kata pakar, jantung embrio, yang lebih kecil dari biji kaskas, sudah mula berdenyut dan mengepam darah. Jantung mula membahagi kepada kamar-kamarnya dan dalam sedikit masa akan mendapat ritma denyutan yang baik. Panjang embrio lebih kurang suku inci / setengah sentimeter dan rupanya lebih mirip berudu (err takut plak bila aku baca..sebab aku terus bayangkan beudu tu... -__- ). Ia membesar secara memecut pada minggu ini.Organ utama, seperti ginjal dan hati, mula muncul. Tiub saraf, yang menyambungkan otak dan korda spina, akan tutup pada minggu ini. Anggota bawah bayi mula tumbuh - ini akan menjadi tangan dan kaki bayi anda. Usus sedang berkembang dan apendiks bertempat di ruangnya.
Di bawah pembukaan yang akan menjadi mulut bayi anda, lipatan-lipatan kecil muncul yang akan menjadi leher dan rahang bawah bayi. Seawal minggu ini, raut muka sudah mula terbentuk. Lubang hidung lebih kelihatan dan versi terawal retina mata mula timbul...


Sekarang aku mula tercari-cari susu apa yang terbaik untuk aku minum sebagai vitamin tambahan.. sebab waktu ni amatlah penting bagi tumbesaran embrio aku.. hu hu. korang yang ada pengalaman minum susu apa ye? ibu aku dulu minum susu Anmum.. tapi sekarang ada ura-ura mengatakan yang susu Anmum menyebabkan ibu mengandung dapat kencing manis.. hmm xtau lah. info ni ibu aku yang bagitau... he he



3 comments:

  1. yey...tahniah liza n meor...hiks...hoh??kncing manis?joyah telan enfamama..ce try test..ngee...

    ReplyDelete
  2. wah tahniah liza....i'm happy 4 u...
    jaga kesihatan baik2 yer...

    ReplyDelete
  3. ohh..joyah minum enfamama eh. ok nanti liza try google info dia..nak test rasa dia jugak. harap-harap ok. sbb ibu kata, minum susu yang mana tekak kita rasa selesa. mintak-mintak tekak org selesa je sepanjang 9 bulan nih. ahaks!

    thank you juliee... insyaallah. kena extra care lepas ni. :)

    ReplyDelete

terima kasih sbb sudi mengomen. hikhikhik