Wednesday, April 4, 2012

16 Minggu 4 hari Kehamilan

Ye, kandungan saya sekarang hampir mencecah 17 minggu. Ini bermakna sudah 4 bulan baby membesar di dalam rahim ni. Macam tak percaya pun ada.. ada lagi 5 bulan untuk saya bersiap sedia bertemu dengan si kecil ni... Insyaallah :-)


Alhamdulillah, masuk ke 2nd trimester ni, alahan semakin kurang.. kalau sebelum ni serba tak kena. Huhu. Sekarang, selera makan meningkat sikit. Tapi still tak boleh makan dalam kuantiti yang banyak la... kalau tak, bersiap sedia la untuk muntah. hehe..


Saiz bayi anda sekarang lebih kurang sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 5 inci / 11.6 sentimeter dan berat sekitar 4 auns / 100 gram). Dalam tiga minggu ke hadapan ini ia membesar secara memecut, menambahkan beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci. 

Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan mahluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya - tali pusat - yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan. Sistem peredaran dan trek kencing sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya. 


Kadangkala, apabila anda bergerak secara serta-merta, anda akan terasa sakit sedikit di sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar. Anda sudah tentu merasakan sakit-sakit ringan, tetapi sekiranya ia berlanjutan atau bertambah kuat, beritahu doktor anda. 

sumber kat sini.

Untuk Trimester Kedua ni, saya dah mula ambil Neurogain. Melalui pembacaan saya kat internet (forum ratu hati kot?) ada info yang tak menggalakkan kita amik neurogain ni di awal kehamilan. Katanya elok diambil sewaktu diakhir kehamilan iaitu 3 minggu akhir kerana waktu itu otak bayi sangat aktif. Tapi setakat ni kawan-kawan office ambil neurogain ni di awal kehamilan xde masalah pun. Malah, anak dilahirkan dikatakan mempunyai beza IQ dengan anak sebelumnya.. Wallahualam.. semuanya dengan izin Allah SWT. kita usaha sahaja k. 

Selain tu saya ada juga ambil supplement lain selain dari obimin yang doktor saya bagi. Ini semua terpulang ye. ada ibu-ibu yang takut nak ambil any supplement dari luar melainkan supplement yang doktor bagi sahaja iaitu obimin atau asid folik. Ok, supplement yang saya ambil tu akan saya ceritakan di lain entri k :-)

4 comments:

  1. liza amik NeuroGainPB brand Vegicaps.. yang pelekat botol dia tu kaler biru..botol dia kecik je. :-)

    ReplyDelete
  2. bagus untuk kamu dan baby chumel dalam perut itu,...

    jaga kesihatan ye yank...

    jangan lupa minum susu juga...

    ReplyDelete
  3. tq kak su... hehe. susu minum juga. sekurang-kurangnya segelas satu hari :-)

    ReplyDelete

terima kasih sbb sudi mengomen. hikhikhik